Pernah tak anda alami nipple crack atau puting luka????
Adoyyyy...sakit, pedih...inilah rintihan ibu2 yang pernah mengalami keadaan yang tak di rancang ni...puting luka...aiyakkk...sakit tak terkata..nak menangis pun ada,
Tapi apa kan daya , tanggungjawab mesti di laksanakan terutama pada insan yang masih belum mengerti apa2...yang dia tahu perut nyer kenyang ngan susu gantung ni...
Akak hanya menyapu vaselin dan berdoa semoga luka cepat sembuh..
al maklumlah Muhamad Ammar Zaim ni dah ada 8 batang gigi...huhuhuhuhu
So di bawah ni akak ada sedikit info untuk korang yang ada masalah puting luka ni ye..
Jom layan...
Jom layan...
Gambar di atas ni adalah cara yang betul semasa menyusu bayi anda...
Mengapa puting terasa pedih?
Rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah sesuatu yang biasa bagi ibu-ibu yang baru menyusu badan dan ramai yang memikirkan ia adalah sebahagian daripada pengalaman penyusuan badan. Tetapi ini tidak benar. Anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal.Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi anda dan bayi. Jika tidak, ia mungkin adalah tanda bahawa anda perlu membuat beberapa perubahan.
Apakah punca puting pedih?
Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting anda pedih.Kesukaran untuk melekap
- Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
- Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.
Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar dalam artikel bagaimana cara menyusukan untuk membantu anda.
Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya
-yang ni akak cuba guna vaselin....ok gak laaa
Lidah terikat
- Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
- Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.
Jangkitan fungus (thrush)
- Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.
- Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.
Dermatitis
- Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
- Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.
Tumbuh gigi
- Masalah: Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.
- Penyelesaian: Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!
Menyusukan semasa hamil
- Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
- Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.
Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
- Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
- Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.
Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi?
Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan.Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:
- pertambahan berat badannya tidak mencukupi;
- masa penyusuan yang panjang;
- bayi mahu kerap disusukan;
- bayi kelihatan tidak tenteram selepas menyusu.
Adakah masih boleh menyusukan walaupun dengan puting yang pedih?
Bulleh.... Tetapi jika anda masih berasa sangat sakit walaupun setelah mencuba panduan-panduan di atas, hubungilah pakar. Jika anda merasa sukar untuk meneruskan penyusuan, mintalah mereka rujukkan anda kepada pakar penyusuan. Beliau boleh melihat apa yang anda lakukan dan membantu anda melakukannya dengan betul.http://www.babycenter.com.my/a1043363/puting-pedih-semasa-menyusukan#section2#ixzz2mIdjQOiQ
Dibawah ni antara penyelesaian untuk masalah nipple crack
Boleh di dapati di seluruh farmasi yang berdekatan ngan rumah anda
Cocoa Butter RM26.00
vaseline RM36.00
Madela 37g RM60.00 Dan Madela 7 g RM38.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan