Selasa, 30 September 2014

6th Annual Dinner Alpha

Alhamdulillah..dah 6 tahun ko akak koje kat Alpha ni
start masuk 9.june.2008

lama kan...so far ok je lah kerja kat sini tak bz sangat..
yang penting kawan2

Alhamdulillah kat sini dah mcm adik beradik....
so tanggal 27 sept 2014 hari annual dinner opis akak..
kali ni kitaorng buat kat show case plaza kelana jaya
jauh sikit
permandangan tepi tasik tapi tak nampak aper2 sebab diorng tak buka lampu time malam
bongokkan
dalam huh! hampeh tak lawa langsung
no deko2 yang berwarna warni
no deko yang santek2....sadishh..
back ground hitam putih jew..

tema around the world
jadi akak pilih yang senang ARABIAN CUSTOM warna black
siap dengan hiasan kat kepala lagi...aper tu name nyer headband hentam sajelah..

baju sponser by Siti Nurfarhan
tudung sponser by Nurul Azhani

taraaaaaaa   I`am from DUBAI.......makeup= touch by ME                





ni akak bergambor ngan dayak sesat kat pj huahuahuauhau...tapi santeekkkk



haahahahahhaaaaa..
amacam kami punyer tema ada classs tak khikhikhikhi..

tapi siapa sangka kak yus masuk finalist...
hahahahaa.....sempat gelek tau..

kuikuikui spontan plak terkeluar..
ada lagi tau akak gamatkan suasana dgn lakonan jadi histeria hahahahahaa

ape2 pun tuk happy2 je..kalau tak buat lawak..hambar je..takdak org gelak kann

meh layan gambar2 lagi

nampak tak gurgle sarawak yang atas sekali warna kuning tu...dia lah winner best dress..
memang mantop n layak selayak nyer...sungguh mempersona..
bnyk pulak puji..kuikuikui..


ni Ah Soh dah jadi Minaci..hehehehhee..makeup je tak hhhmmm tak per lah soh kali ni bagi org lain menang ek....




gambar yang last ni akak bergambor ngan bloger terkenal jugak lah mummyimran.blogspot.com
hehehehe a.k.a mumyy haza comel kan tak sangka dapat gambor ngan gugurl jepon yang memakai kimono n versi islam..ko hado
susah tau nak dpt macam ni...bagus lah korang ni ...terbaik..

okay...tunggu next year plak tema aper..Insya Allah panjang umur ada lah kak yus buat benda merepek-merepek lagi...mana tahu dang dut kew...ish..ish..ish..bertaubat kak yus






Isnin, 22 September 2014

GOLOK MURAH

Assalamualaikum..
kepada peminat golok di sini akak ada menjual pelbagai rupa golok..
kecil n besar...
akak hanya membantu abang ipar yang kurang upaya menjualnyer..

GOLOK ni buatan tangan beliau sendiri
jom tengok yang mane berkenan ye






yang ni RM200

yang ni RM300




kalau berminat boleh roger2 kak yus ye..WASSP @ 018-2780029
tq u all..

Rabu, 17 September 2014

Fadhilat Solat Dhuha


Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Isnin, 15 September 2014

CHOCOLATE MOIST CAKE



 CHOCOLATE  MOIST VERSE POTPET POTPET

Tadaaaa....
kek coklat lembap...
memang terangakat yo...
sekejap je budak2 ni dah bedal tinggal separuh..
Alhamdulillah senang je kek ni...
meh tengok resepi simple n sedap ..






murah2 je

Jumaat, 12 September 2014

Cucu Baru

Asslamualaikum......

Semalam hari paling bahagia....11 September 2014
Kelahiran cucu cucu kami..Alhamdulillah....syukur pada mu..





Chomby dapat 4 ekor
jantina belum di ketahui lagi...kecik no nal tengok...

satu masalah, chomby tak pandai nak bersihkan anak dia
terpaksalah akak ni pagi2 cuci montot cucu2 ni ...aiyakkk..

tak per leerrrr..happy je...

ni somi chomby
Mickey...
jantan gemok

yang akan di jual
baka Semi flat face RM1700

klu nak boleh wssp akak ye 018-2780029 kak yus


Isnin, 8 September 2014

Zizi - Antara Jodoh Dan Cinta (Lyric Video)

Zizi - Antara Jodoh Dan Cinta (Lyric Video)




LIRIK.. ..



Setiap detik yang berlalu membuatku
Lebih mengenalmu
Setiap kata dan ungkapan bercerita
Erti yang mendalam
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Ohh..
Ohh..
Ohh..

Setiap langkah dan prasangka membawaku
Dekat padamu
Setiap hari silih berganti melahirkan
Getaran di hati
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Ohh..
Ohh..
Ohh..

Dengarkan rintihan hati yang merindu padamu
Oh Tuhan tunjukkanlah jalan cinta sebenarnya
Ohh.. aku.. bersamamu
Ohh..
Ohh..

Mungkin ini semua harusnya terjadi
Mungkin saja kita belum sedar lagi
Walau apa jua serahkan semuanya.. aa..
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Dengarkan rintihan hati yang merindu padamu
Oh Tuhan tunjukkanlah jalan cinta sebenarnya
Ohh.. aku.. bersamamu
Ohh..
Ohh..