Jumaat, 1 November 2013

Lagi teknik mengepam


Lagi akak nak share teknik mengepam

Pengalaman pertama menggunakan pam pasti agak kekok tetapi dengan amalan yang betul dan latihan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah. Apabila menggunakan pam, ia tidak seharusnya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada pengguna jika cara penggunaan dan spesifikasinya betul.

 1) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.

Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.

Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.


2) Mula Mengepam!
AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.
Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).

Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda 'membantu' meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.

 3) Nipple Cream
Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering. 



 ) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.

Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.



ntuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Harap maklumat ini membantu!..

**..ni pun copy paste ye**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan