Khamis, 14 November 2013

Kebaikan Dan Kelebihan Menyusu Anak

 

Assalamualaikum...u all..
Bersua kembali ngan kak yus, kali ni kak yus nak share ngan u all kebaikan n kelebihan bila kita menyusukan bayi secara eklusif...Akak tahu dalam naruli hati seorang ibu pasti ingin menyusui sendiri baby kita dengan susu badan..betul tak???..
Tengok gambor je pun kita dah tak sabar rasanyer nak menyusukan baby kita kan2???
Bagi diri akak sendiri pengalaman menyusukan adalah yang sangat indah..InsyaAllah u all juga dapat merasakan pengalaman ini jika kita bersungguh2 mengusahakannyer tanpa mengeluh sedikit pun..
di bawah ni akak beri sedikit info kelebihan menyusu..

1) Susu ibu mudah di hadamkan.

2) Susu ibu tidak mengandungi bahan kimia

3) Menjimatkan kos dan masa

4) Mengurangkan risiko kenser payu dara

5) Mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan           bayi. 80% dari sel susu ibu adalah macropaghes -iaitu sel yang membunuh bakteria,fungus dan             virus.

6) Mengandungi nutrisi yang baik

7) Mengurangkan risiko ibu mendapat keser ovari

8) Membantu mengurangkan berat badan kerana setiap kali sesi menyusu ia akan membakar 
    500 kalori sehari

9) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi- meconium adalah sejenis lendir               melekit yang sedia ada dalam usus bayi. kolestrum @ susu awal ibu dapat membantu mengeluarkan     lendir tersebut.

10) Dapat memelihara bayi dari penyakit yang berkaitan dengan usus.

11) Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan         tekanan darah  sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.

12) Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa             yang sama  mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.

13) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan)            akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

14) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-          maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan                   memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

16) Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T      memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

17) Mengeratkan lagi perhubungan antara ibu n anak..


Beruntung tak kita yang menyusukan bayi ...banyak kelebihannyer. So para ibu sekalian tanamlah hasrat untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif ye..jangan ragu2 lagi . InsyaAllah... Allah pasti akan membantu umatnyer..yang penting kita jangan lupa berdoa..

4 ulasan: