Rabu, 24 Disember 2014

ROTI SARANG LEBAH..ROTI MANIS @ ROTI APE2 PUN BOLEHLAH

Assalamualaikum....

wahai para penonton yang budiman...kali ni akak nak share
Roti Sarang Lebah..nyum..nyum...mmg sodap..















haaaaaa...kan..mane tak gemuk kak yus ni..
cuti sekolah ni..masak..masak...masak..

Alhamdulillah..walaupun tak berapa cantik tapi menjadi gak lah...
dalam seminggu ni merotiiiiiii....je laaaaa....


Isnin, 8 Disember 2014

APAM GULA HANGUS


Assalamualaikum......

Projek cuti sekolah bermula.....

Matlamat:

Penuhkan makanan dalam rumah....khikhikhikhi...

Gebas gebus

hehehehhe....syok sendiri bila potong

nasib naik apam akak noi


haaaaa...sedap ko....akak dah cube...
asalnyer akak buat sos karamel yang tengah meletop ni....
tapi nak di jadikan cerita..

sos akak hangit....pahit n tak sedap..terlampau banyak butter..rasa pelik..
macam nak pengsab di buatnyer...

so akak pun gode2 internet...pergi lag blog en MAT GEBU...
intai2 resepi apam gula hangus...ni lah hasilnyer..

Alhamdulillah...berjaya n tak membazir akhirnyer..sos karamel akak yang pahit tu...

NI akak copy resepi:

 BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder (resepi asal tak letak)
1/2 camca teh esen vanilla

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 30 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

Selamat mencuba.....
Terima Kasih Mat Gebu....




Ahad, 16 November 2014

Carrot cake with poppy seed


 

 

Assalamualaikum .....semua..
Hari ni akak nak share resepi baru buatan sendiri....

CARROT CAKE WITH POPPY SEED

Haaaa....pernah dengar?..
Hahahaha...ape2 pun sodapppp....cewwwah...puji diri sendiri...suka hati mak lah..

Ni resepi nyer ye..

Bhn2
2 cwn tepung
1 1/2 cwn gula
1 tsp b.pwder
1/2 tsp b.soda
2 bj telur
1 cwn minyak
1/2 cwn susu
1 cwn carrot parut
5 tbsp bj poppy

Cara2..
 
Panas kan oven dulu ye..
Satu kan tepung +b pwder +b soda ketepikan
Pukul telur hingga kembang
Masuk minyak pukul lagi
Masukan carrot parut di selang seli dgn tepung dan susu
Akhir sekali masukan bj poppy
Bakar 150 drjh selama 40 min

Siap....dah leh mkn...mudah je resepinyer kan..
Gebus ko...
Yang pending ank2 n mak mertua suka...






Khamis, 13 November 2014

KITTEN FOR SALE

Assalamualaikummm....

Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan bernafas di muka bumi ini...
Di hari khamis yg mulia ni akak ada sekor anak kucing SEMI PERSION untuk di lepaskan kepada tuan baru...
Harap ada yang berkenan...










RM800 (NEGO)
Nama : Gusto
Jantan
2 month
SEMI PERSION
sihat...riang..manja..

memang sedey..tapi demi kebaikkan gusto...elok akak serah pada tuan yang dapat menjaga dia dgn baik..

ni father dia...


Mickey
1 year 9 mth
SEMI FLAT
jantan


ni mak dia ..



Chomby
4 year..
MIX PERSION
betina...

so bagi penggemar kucing boleh datang kediaman akak di batu caves ye...
boleh tengok2 dulu ...

contact 018-2780029..wssp only ye

Isnin, 27 Oktober 2014

12.10.14 GENAP SI BOBOYOT NI 2 TAHUN....ALHAMDULILLAH

Asslamualaikum....

Alhamdulillah...saje nak share kat sini...
tanggal 12/10/2014 baru ni boboyot akk ni dah 2 tahun umurnyer..

maafkan umi ye.....
kek yang umi buat ni tak cantik dan tiada satu deko pun tertera di atasnyer
hanya lah kek choclat moist yang kosong...
tapi..

penuh dengan kasih sayang....setiap titik peluh ku hanyalah untuk kasih sayang anak2 yang tak terhingga
tanpa mu wahai anak2...umi bkn umi yang sekarang...sungguh pun dugaan demi dugaan yang melanda..namun kerana janji Allah itu pasti bg org2 yang beriman..ku gagahi jua..

cewwahhhhh...bermadah pulok.
ape2 pun umi ucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2
love u boboyot..
tu lah dia boboyot umi ni..
yang semakin buas n nakal..
aktiviti paling di sukai ialah resling....hahahahahaha..


Selasa, 30 September 2014

6th Annual Dinner Alpha

Alhamdulillah..dah 6 tahun ko akak koje kat Alpha ni
start masuk 9.june.2008

lama kan...so far ok je lah kerja kat sini tak bz sangat..
yang penting kawan2

Alhamdulillah kat sini dah mcm adik beradik....
so tanggal 27 sept 2014 hari annual dinner opis akak..
kali ni kitaorng buat kat show case plaza kelana jaya
jauh sikit
permandangan tepi tasik tapi tak nampak aper2 sebab diorng tak buka lampu time malam
bongokkan
dalam huh! hampeh tak lawa langsung
no deko2 yang berwarna warni
no deko yang santek2....sadishh..
back ground hitam putih jew..

tema around the world
jadi akak pilih yang senang ARABIAN CUSTOM warna black
siap dengan hiasan kat kepala lagi...aper tu name nyer headband hentam sajelah..

baju sponser by Siti Nurfarhan
tudung sponser by Nurul Azhani

taraaaaaaa   I`am from DUBAI.......makeup= touch by ME                





ni akak bergambor ngan dayak sesat kat pj huahuahuauhau...tapi santeekkkk



haahahahahhaaaaa..
amacam kami punyer tema ada classs tak khikhikhikhi..

tapi siapa sangka kak yus masuk finalist...
hahahahaa.....sempat gelek tau..

kuikuikui spontan plak terkeluar..
ada lagi tau akak gamatkan suasana dgn lakonan jadi histeria hahahahahaa

ape2 pun tuk happy2 je..kalau tak buat lawak..hambar je..takdak org gelak kann

meh layan gambar2 lagi

nampak tak gurgle sarawak yang atas sekali warna kuning tu...dia lah winner best dress..
memang mantop n layak selayak nyer...sungguh mempersona..
bnyk pulak puji..kuikuikui..


ni Ah Soh dah jadi Minaci..hehehehhee..makeup je tak hhhmmm tak per lah soh kali ni bagi org lain menang ek....




gambar yang last ni akak bergambor ngan bloger terkenal jugak lah mummyimran.blogspot.com
hehehehe a.k.a mumyy haza comel kan tak sangka dapat gambor ngan gugurl jepon yang memakai kimono n versi islam..ko hado
susah tau nak dpt macam ni...bagus lah korang ni ...terbaik..

okay...tunggu next year plak tema aper..Insya Allah panjang umur ada lah kak yus buat benda merepek-merepek lagi...mana tahu dang dut kew...ish..ish..ish..bertaubat kak yus






Isnin, 22 September 2014

GOLOK MURAH

Assalamualaikum..
kepada peminat golok di sini akak ada menjual pelbagai rupa golok..
kecil n besar...
akak hanya membantu abang ipar yang kurang upaya menjualnyer..

GOLOK ni buatan tangan beliau sendiri
jom tengok yang mane berkenan ye






yang ni RM200

yang ni RM300




kalau berminat boleh roger2 kak yus ye..WASSP @ 018-2780029
tq u all..

Rabu, 17 September 2014

Fadhilat Solat Dhuha


Kelebihan Sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).


Isnin, 15 September 2014

CHOCOLATE MOIST CAKE



 CHOCOLATE  MOIST VERSE POTPET POTPET

Tadaaaa....
kek coklat lembap...
memang terangakat yo...
sekejap je budak2 ni dah bedal tinggal separuh..
Alhamdulillah senang je kek ni...
meh tengok resepi simple n sedap ..






murah2 je

Jumaat, 12 September 2014

Cucu Baru

Asslamualaikum......

Semalam hari paling bahagia....11 September 2014
Kelahiran cucu cucu kami..Alhamdulillah....syukur pada mu..





Chomby dapat 4 ekor
jantina belum di ketahui lagi...kecik no nal tengok...

satu masalah, chomby tak pandai nak bersihkan anak dia
terpaksalah akak ni pagi2 cuci montot cucu2 ni ...aiyakkk..

tak per leerrrr..happy je...

ni somi chomby
Mickey...
jantan gemok

yang akan di jual
baka Semi flat face RM1700

klu nak boleh wssp akak ye 018-2780029 kak yus


Isnin, 8 September 2014

Zizi - Antara Jodoh Dan Cinta (Lyric Video)

Zizi - Antara Jodoh Dan Cinta (Lyric Video)




LIRIK.. ..



Setiap detik yang berlalu membuatku
Lebih mengenalmu
Setiap kata dan ungkapan bercerita
Erti yang mendalam
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Ohh..
Ohh..
Ohh..

Setiap langkah dan prasangka membawaku
Dekat padamu
Setiap hari silih berganti melahirkan
Getaran di hati
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Ohh..
Ohh..
Ohh..

Dengarkan rintihan hati yang merindu padamu
Oh Tuhan tunjukkanlah jalan cinta sebenarnya
Ohh.. aku.. bersamamu
Ohh..
Ohh..

Mungkin ini semua harusnya terjadi
Mungkin saja kita belum sedar lagi
Walau apa jua serahkan semuanya.. aa..
Jodoh dan cinta
Tuhan yang menentukan, semuanya

Dengarkan rintihan hati yang merindu padamu
Oh Tuhan tunjukkanlah jalan cinta sebenarnya
Ohh.. aku.. bersamamu
Ohh..
Ohh..

Isnin, 25 Ogos 2014

REMELLON

Assalamualaikum...semua

update 10/2/2017


BERITA GEMBIRA!!!!!!!!

Buat pengetahuan semua...kak yus dah mulakan balik untuk mengedar produk 
RAMELLON 

jom wssp k yus untuk order..😍😍 018-2780029


Hi geng...masih dalam mod raye....
Aper-aper pun kejelitaan tetap menjadi keutamaan bagi kaum hawa...
betul tak?

so kat sini akak nak inform u all akak juga merupakan pengedar produk REMELLON

dah lama akk jadi dealer sebelum ni...cuma tak masukkan lagi dalam blog di sebabkan supplier akak sedang menjalani proses memantapkan minda...hehehehee...

Alhamdulillah...sekarang dah boleh beli online dengan kak yus ye
 di bawah serba sedikit gambar produk REMELLON ye


yang ni baru costumer akak beli tadi..
dia cuma ambil
Gel Pembersih muka.
.ST toneer n
Krim Penyeri (untuk siang)




GEL PEMBERSIH  
HARGA RM35.00
 
- Pencuci muka yang halus dan lembut
- Diperbuat daripada ekstrak buah-buahan
- Membantu menanggalkan kotoran secara lembut
- Dapat mengimbangi & mengekalkan kelembapan semulajadi kulit



warna lembut dari gambar ye


KRIM PENYERI (UV CREAM) 5gm
HARGA RM 25.00

 Dirumus daripada teknolohi moden dan petua-petua tradisional Dapat melindungi wajah lebih gebu, bercahaya dan awet muda serta membantu menaikkan seri wajah









ST-TONER
RM25.00

Dirumus khas untuk menyegarkan dan menutupi liang2 roma 






BEAUTY CREAM (Cream malam)

RM45.00 5gm


  Beauty Cream dirumus khas untuk memperbaharui sel-sel mati
Membantu mengurangkan parut halus dan bintik hitam
Membantu mengurangkan garis halus
Kulit lebih cerah, lembut, gebu dan kelihatan lebih bermaya, berseri dan bercahaya 







R-TONER
RM25.00

Untuk jerawat yang teruk, untuk resdung
 irumus khas untuk menyegarkan dan menutupi liang2 roma 





SABUN MUTIARA HITAM
RM35.00

Di rumus dari mutiara hitam
Agar kulit lebih halus

So saper2 yang mmg tgh mencari produk REMELLON ni
boleh laaaa roger2 k yus ye  018-2780029
NO COD
postage only 😍