Sabtu, 14 Januari 2012


14/1/2012

Hhhmmmm..nak citer sikit....
untuk tahun 2012 ni akak nak tanam semangat....untuk beribadah lebih pada Allah dan huhuhuhuhu suami tercinta...

So akak nak kurangkan sikit bussiness akak biar byk masa sikit ngan suami dan ank2..
maklumlah umur kita ni tak panjang..klu nak di ikutkan umur arwah abah 56 je..dan arwah mak 58 tahun akhir hayatnyer..

Klu di panjangkan usia lagi 23 tahun je lagi yg ada...huhuhuhu...moga sempatlah tgk ank2 kahwin bercucu...hihihi...

dah 12 tahun kami bernikoh..
buat suami ku...ok, isteri abang ni akan berusaha utk kuruskan badan...
dah sebulan kitaorg bersenam together2...mmg non stoplah sampai lari kepala lutut akak ni...
adoiiii...sakit tu.... tak utk suami tercinta no problem..

itu bab kuruskan badan..
satu lagi bab keharmonian rumah tangga...
isteri abang ni akan berusaha menjaga dan menambah keharmonian kita ye bang..

kat bawah ni nak share dan utk tatapan akak sendiri bagi menjaga keharmonian rumahtangga
dan cuba praktikkan lagi

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

ustazah bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan