Jumaat, 19 April 2013

Pavlova...teringin plak nak buat

HAi u all..
pavlova ni dah lama dah hangat di pasaran, cuma akak belum terlintas nak buat..
tapi bila sekarang ni dah lama org tak cakap pasal pavlova ni..
tekak akak plak teringin..almaklumlah..tekak org suka makan, mcm2 terlintas nak makan itu..nak makan ini..

so..... jom kongsi resepi ngan akak macamana nak buat pavlova ni..
tgk cam senang je...cer tengok2 ye..

Bahan2

1) 4 biji telur putih shj
2) 3/4 cup gula castor
3) 1 Tlsp tepung jagung
4) 1 tsp cuka makan
5) 1 tsp esen vanila

Topping

1) 1/2 cup whipping cream
2) buah-buahan segar (terpulang kat u all nak pakai buah apa ye )

Cara2

* pukul putih telur hingga adunan likat dan kembang...mcm berbuih2
* masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul hingga gula habis, pukul sampai berkilat..nak tahu ok ke tak ciba tuang klu tak tumpah maknanyer menjadilah tu..
* masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka kacau pakai spatula
* lapikkan loyang dengan kertas minyak
* tuangkan adunan ke atas kertas minyak yang dalam loyang tadi bentuk bulat
* panaskan oven 150' selama 15min then turunkan suhu kepada 140'
* bakar selama 1 jam- 1 jam 15 min bergantung kpd oven masing2
* bila dah masak jangan keluarkan terus pavlova tu..biar dia sejuk dlm oven tu dulu, buka pintu oven sedikit supaya udara panas boleh keluar..
* pukul plak whipping cream tadi hingga kental,
* sapukan pada pavlova yang dah sejuk dan taburkan buah-buahan segar mengikut citerasa sendiri ye.
* masuk dalam peti ais pastu leh la makan sejuk2 lagi sedap...nyum..nyum..



selamat mencuba....

1 ulasan: