Isnin, 18 November 2013

Cara Penyimpanan Susu Ibu


Apakah cara terbaik untuk menyimpan susu badan?



Untuk menyimpan susu badan, pilih bekas yang disterilkan dan bertutup dengan rapat. 

  • Gelas atau plastik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu bagi tempoh yang lama.
  • Beg sejuk khas juga boleh dibeli. Pilih beg sejuk beku yang tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.

Anda boleh menyimpan susu badan: 
  • Pada suhu bilik tidak melebihi daripada 25 darjah C, selama empat jam.
  • Dalam peti ais bersuhu 4 darjah C atau lebih rendah tidak melebihi 24 jam.
  • Dalam peti sejuk beku bersuhu -20 hingga -18 darjah C, yang tidak mempunyai kitar nyahbeku, selama tiga hingga enam bulan.
Simpanlah susu di bahagian belakang peti sejuk atau peti sejuk beku, jauh dari pintu sebab item yang disimpan di hadapan lebih mudah terjejas dengan perubahan suhu semasa anda membuka peti sejuk beku. 

Sebagai tambahan kepada garis panduan, elok juga bagi anda mengetahui perkara yang berikut: 
  • Anda boleh mencampurkan susu yang baru dipam dengan susu beku jika ia didinginkan dahulu sekurang-kurangnya sejam, dan jumlahnya adalah kurang daripada jumlah susu yang telah beku. 
  • Jika anda akan membekukan susu badan, lakukannya dalam masa 24 jam.
  • Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku ke peti ais boleh disimpan sehingga 24 jam.

Susu segar mengekalkan lebih banyak ciri-ciri perlindungannya berbanding dengan susu beku, jadi sejauh mana yang boleh, gunakan susu yang disejukkan dan bukan susu beku untuk menyusukan bayi anda. Tetapi ingatlah bahawa susu badan yang dibekukan masih mempunyai lebih khasiat kesihatan daripada susu formula.

Ingatlah, apabila anda mengepam susu, cuci tangan anda dan pastikan pam buah dada dicuci, dibilas dan disterilkan dengan betul untuk mencegah sebarang bakteria dari membiak dalam susu tersebut. 


Khamis, 14 November 2013

Kebaikan Dan Kelebihan Menyusu Anak

 

Assalamualaikum...u all..
Bersua kembali ngan kak yus, kali ni kak yus nak share ngan u all kebaikan n kelebihan bila kita menyusukan bayi secara eklusif...Akak tahu dalam naruli hati seorang ibu pasti ingin menyusui sendiri baby kita dengan susu badan..betul tak???..
Tengok gambor je pun kita dah tak sabar rasanyer nak menyusukan baby kita kan2???
Bagi diri akak sendiri pengalaman menyusukan adalah yang sangat indah..InsyaAllah u all juga dapat merasakan pengalaman ini jika kita bersungguh2 mengusahakannyer tanpa mengeluh sedikit pun..
di bawah ni akak beri sedikit info kelebihan menyusu..

1) Susu ibu mudah di hadamkan.

2) Susu ibu tidak mengandungi bahan kimia

3) Menjimatkan kos dan masa

4) Mengurangkan risiko kenser payu dara

5) Mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan           bayi. 80% dari sel susu ibu adalah macropaghes -iaitu sel yang membunuh bakteria,fungus dan             virus.

6) Mengandungi nutrisi yang baik

7) Mengurangkan risiko ibu mendapat keser ovari

8) Membantu mengurangkan berat badan kerana setiap kali sesi menyusu ia akan membakar 
    500 kalori sehari

9) Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi- meconium adalah sejenis lendir               melekit yang sedia ada dalam usus bayi. kolestrum @ susu awal ibu dapat membantu mengeluarkan     lendir tersebut.

10) Dapat memelihara bayi dari penyakit yang berkaitan dengan usus.

11) Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan         tekanan darah  sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.

12) Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa             yang sama  mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.

13) Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan)            akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

14) Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-          maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

15) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan                   memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

16) Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T      memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

17) Mengeratkan lagi perhubungan antara ibu n anak..


Beruntung tak kita yang menyusukan bayi ...banyak kelebihannyer. So para ibu sekalian tanamlah hasrat untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif ye..jangan ragu2 lagi . InsyaAllah... Allah pasti akan membantu umatnyer..yang penting kita jangan lupa berdoa..

Selasa, 12 November 2013

ESEMTAN WASH LOTION

OKTOBER 2016

ESEMTAN WASH LOTION- 
RM22.00 (150ml)


ESEMTAN 1 LITER (TERBARU)
 ESEMTAN WASH LOTION
1LITER RM100
(exclude postage)
Bismillahirahmanirrahim...
PROMOSI @ RM86.00

POS RM12.00
ESEMTAN 1 LITER PREORDER
DALAM 1 MINGGU..DEPOSIT RM40.00

Salam u all....
entry kali ni mengenai produk untuk kulit - ESEMTAN WASH LOTION..
Sebenarnyer byk kegunaan produk ni..di bawah ni akak senaraikan ye...
kandungan nyer juga bukan sabun...so selamat bagi org yang allergic sabun..
Dan bila dah baca jangan tak cuba plak ye..selamat untuk bayi juga


 -universally usable – for the whole body, face and hair
- for all skin types and for the skin of babies and old
   people
 -with sodium lactate in order to maintain natural skin
  moisture
- maintains the antimicrobial effect of the skin’s
  protective acid mantle
 -pH neutral for the skin and soap free
   also for sensitive and stressed skin
 -with allantoin

Uses
For gentle body washes from head to foot include face.
For showering, partial baths and full baths
For hand washing with surgical and hygienic hand disinfection
for all skin types, including the skin of babies and old people
for gentle body hygiene/cleansing when showering or in
         partial and full baths, even in cases of hypersensitivity to soap
for cleansing in cases of incontinence, prolonged confinement
         to bed, in cases of pruritis ani and vulvae
for the prophylaxis and support of therapy in infant dermatitis
         and eczema of the anal and genital areas
for washing amputation stumps and for the support of
         infection prophylaxis and prevention of recurrences and
         secondary infections
for deodorising in cases of increased perspiration and body
         odour due to illness
 • for mild and gentle washing of the face and hair
for general, occupational dirtiness

esemtan 150ml

ESEMTAN 150ML
RM22.00
POSTAGE: RN8.00
esemtan 1 liter

Bismillahirahmanirrahim...
PROMOSI @ RM86.00 

POS RM12.00
ESEMTAN 1 LITER PREORDER
DALAM 1 MINGGU..DEPOSIT RM40.00

So..dah baca dah kan..herge pun tak lah mahal sangat RM22.00 je 150ml dan yang botol besar 1 liter cuma RM86.00 lebih jimat ....
jangan ragu2..belum cuba belum tahu..
bagi yang dah cuba memang puas hati terutama baby yang mengalami ekzema dan muka yang berjerawat....memang sesuai sangat2
esemtan ni akan mengurangkan  inflamasi n gatal di kawasan ekzema atau jerawat..

so roger2 akak atau wsp/sms pun bley -018-2780029 kak yus

Jumaat, 1 November 2013

Lagi teknik mengepam


Lagi akak nak share teknik mengepam

Pengalaman pertama menggunakan pam pasti agak kekok tetapi dengan amalan yang betul dan latihan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah. Apabila menggunakan pam, ia tidak seharusnya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada pengguna jika cara penggunaan dan spesifikasinya betul.

 1) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.

Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.

Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.


2) Mula Mengepam!
AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.
Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.
Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).

Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda 'membantu' meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.

 3) Nipple Cream
Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!
Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering. 



 ) Membersihkan Alatan Mengepam
Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.

Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.



ntuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Harap maklumat ini membantu!..

**..ni pun copy paste ye**

Panduan Menggunakan Breast Pump





Panduan untuk menggunakan breast pump.

fesly - awak kena urut2 breast dulu.. urut dr bwh menghala ke puting.. sambil urut awak selawat nabi 3x (ini yg saya amalkan...)

sekenly - bila mengepam tu.. jgn pandang pam.. bila awak pandang pam.. awak duk pk "maner susu tak kuar ni??" " cpt la susu kuar" "erk sikit nyer kuar".. pikiran yg negative membantutkan pengeluaran susu seelokknye awak tgk bby ke... sambil duk depan pc layan citer kelakar ke...... otak yg ceria membantu susu keluar.... awak layan bacaan Quran or dengar lagu/nasyid pun sgt mmbantu

thirdly - maksimum waktu pam 20 min ke 30 min.. klau utk 2 3 kali pam, dlm tempoh tu awak cuma dpt 1oz... 2 oz... bwk2 le bersyukur.... sejuk breast kita bila dgr kita bersyukur.. sok2 dia kuarkan byk lagi.....

fodly - kalau awal2 pam cuma kuar 10z 2oz... awak kerapkan mengepam.... klau awak bc diorg ckp pam 3 jam skali... awak pam la 2 jam skali.... 1jam skali... tp ingat 30 min maksimum...

fifly - last choice, awak buat doble pumping.... oh klu guna single pump??? itu bukan masalah besar!!!! 1 breast pakai pum, lg 1 breast pakai original pum - suh le anak menyusu... kan da jadi doble pum.... sblh anak menyusu.. sblh awak pum.. so breast yg pum akan keluar susu samer lebat ngn yg anak menyusu.....

( Copy paste dari blog susuibu.com)
** teknik yang di berikan Alhamdulillah berkesan..so mmg akak ikut apa yang di sarankan walaupun hanya menggunakan single pump...u all kene cuba ye time kasih kpd rakan susuibu.com**