Khamis, 5 November 2015

Kucing Dan Cacing

Assalamualaikummm...

Selamat petang..rakan2..sahabat..dan semua yang mengenali kak yus.....

Kali ini kak yus nak pot pet tentang kucing dan cacing..
Penting tau...


Mengapa perlu kita sumbat kucing kita dengan ubat cacing...
 
Walaupun kucing kita tak keluar rumah..tak bermakna bulus kita
tidak dijangkiti cacing..

Sebenarnye kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu.
Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.


Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing.
 Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. 

Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

 Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.



Tanda-tanda kucing kecacingan

-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berat badan susah naik
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Najis berdarah
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Gusi pucat tanpa sebab
-Perut buncit/abdomen besar
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu 


Ini semua akan membahaykan kucing anda jika dibiarkan..
tak susahpun untuk feed kucing anda dengan ubat cacing ni..
kalau mmg x leh dengan tablet..guna suspension...


Di sini kak yus nak share jenama yang k yus guna untuk ank2 bulus k yus..



 Brand Bexton (wormnil) vet supension

 So far Alhamdulillah...kucing kak yus suka perasa yang ni..dan mudah..
ambil syringe dan sumbat.....hahahhaaaa.

.klu nak soh akk belikan pun boleh..wssp kak yus 018-2780029

WORMNIL VET SUSPENSION
- Oral Anthelmintic Suspension
- 50ML
- RM20.00

Membasmi cacing gelang (roundworms), cacing kerawit (hookworms) dan Stomach worms pada kucing dan anjing. Setiap 5ml mengandungi bahan aktif 250mg Pyrantel Pamoate USP.  Pyrantel Pamote merupakan ubat cacing yang biasanya digunakan pada anak kucing dan anak anjing.  Ianya juga boleh mencegah parasit pada haiwan peliharaan dewasa dan selamat digunakan pada haiwan yang sakit atau lemah semasa proses deworming.


Dose Syrup
 Kucing - 0.5 mL untuk 500gm berat badan pada usia 2, 4, 6 dan 8 minggu dan seterusnya pada setiap bulan ATAU seperti yang dicadang oleh vet anda.

Dose untuk kucing dewasa
1ml/kg (ikut berat kucing) untuk 3 bukan sekali..
(dari doktor veterina KM Vet)  

sayangilah kucing anda 



 



**sumber en google**


3 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..kak yus beli ubat ni dekat farmasi ke?

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..kak yus beli ubat ni dekat farmasi ke?

    BalasPadam