Khamis, 5 November 2015

Kucing Dan Cacing

Assalamualaikummm...

Selamat petang..rakan2..sahabat..dan semua yang mengenali kak yus.....

Kali ini kak yus nak pot pet tentang kucing dan cacing..
Penting tau...


Mengapa perlu kita sumbat kucing kita dengan ubat cacing...
 
Walaupun kucing kita tak keluar rumah..tak bermakna bulus kita
tidak dijangkiti cacing..

Sebenarnye kutu/flea juga boleh menyebabkan kucing anda dijangkiti cacing pita. Rajah ini menunjukkan kaitan antara cacing pita dan kutu.
Kutu/Flea merupakan pembawa atau vektor yang membawa cacing pita kepada kucing.


Oleh itu ia amat penting untuk mengawal kutu dan memberi kucing anda ubat cacing.
 Ubat cacing sepatutnya diberi kepada kucing setiap 3 bulan. 

Baca label pada bungkusan sebelum memberinya kepada kucing anda, pastikan kucing anda mendapat dos yang sepatutnya berdasarkan berat badan kucing anda.

 Kutu/flea yang tidak dikawal boleh menyebabkan kucing menjadi pucat, ini kerana makanan parasit ini adalah darah.



Tanda-tanda kucing kecacingan

-Kurang selera makan
-Kurus/lemah
-Berat badan susah naik
-Berak cair/diarea
-Najis berbau
-Najis berdarah
-Bulu tidak kemas dan pudar
-Gusi pucat tanpa sebab
-Perut buncit/abdomen besar
-Bottle jaw - bengkak berair (edema) dibawah dagu 


Ini semua akan membahaykan kucing anda jika dibiarkan..
tak susahpun untuk feed kucing anda dengan ubat cacing ni..
kalau mmg x leh dengan tablet..guna suspension...


Di sini kak yus nak share jenama yang k yus guna untuk ank2 bulus k yus..



 Brand Bexton (wormnil) vet supension

 So far Alhamdulillah...kucing kak yus suka perasa yang ni..dan mudah..
ambil syringe dan sumbat.....hahahhaaaa.

.klu nak soh akk belikan pun boleh..wssp kak yus 018-2780029

WORMNIL VET SUSPENSION
- Oral Anthelmintic Suspension
- 50ML
- RM20.00

Membasmi cacing gelang (roundworms), cacing kerawit (hookworms) dan Stomach worms pada kucing dan anjing. Setiap 5ml mengandungi bahan aktif 250mg Pyrantel Pamoate USP.  Pyrantel Pamote merupakan ubat cacing yang biasanya digunakan pada anak kucing dan anak anjing.  Ianya juga boleh mencegah parasit pada haiwan peliharaan dewasa dan selamat digunakan pada haiwan yang sakit atau lemah semasa proses deworming.


Dose Syrup
 Kucing - 0.5 mL untuk 500gm berat badan pada usia 2, 4, 6 dan 8 minggu dan seterusnya pada setiap bulan ATAU seperti yang dicadang oleh vet anda.

Dose untuk kucing dewasa
1ml/kg (ikut berat kucing) untuk 3 bukan sekali..
(dari doktor veterina KM Vet)  

sayangilah kucing anda 



 



**sumber en google**


Isnin, 19 Oktober 2015

ZIARAH MADINAH

Assalamualaikummm....

bersua kembali..setelah lama tak menaip kuikuikuikuikui...

ni nak jemput saudara..saudari..abang ..kakak..adik manis..makcik2..pakcik2..
yang dok penat dengan kerja tu kan...
kerja yang tak pernah nak habis2...

meh akk belanja satu video rakaman mengenai

ZIARAH MADINAH...

editing..muzik..design theme...semua di lakukan sendiri oleh anak buah kak yus..
yang sedang belajar di sana..MUHAMMAD ABDUL MUHAIMIN B SALLEH..



Alhamdulillah...seronok dapat tengok tempat2 sejarah...
dalam vt ni abang ipar kak yus yang menjadi tourist guard ..
masa ni abang ipar membawa ibu dan isterinya.....owh my sisiter...(kakak jeslina yang sgt manis)
menunaikan fardu haji...
setelah selesai..bawa jalan2....
berbunga2 hati ni ....Insya Allah..doakan kami dapat menjejakkan kaki di sana..aamiin..ya rabbal alamin..


Terima kasih kepada yang sudi menonton vt ini...
Doa juga untuk sekelian umat islam agar dapat menjejakkan kaki anda..di sini...
Aaminn...


Selasa, 8 September 2015

Disinfectant & Antiseptics untuk haiwan peliharaan anda

 Assalamualaikum...

Memperkenalkan..... Disinfectant & Antiseptics 

 Pack size: 1 liter
Tahu tak untuk aper ni...
Kalau nak tau..meh baca jap..

Ini adalah cecair pembasmi kuman untuk persekitaran dalam atau luar rumah anda*****
bagi yang ada haiwan peliharaan.....
seperti...

*kucing
*anjing (yang non muslim lah)
*hamster
*mcm haiwan yg anda suka bela kuikukui..

Cecair ini membunuh 99% bakteria dan virus yang ada dalam rumah anda..
Almaklum lah kalau dah bela kucing tu...
mesti lantai anda tak betul2 bersih..
walau pun anda mop tiap2 hari...tapi..ia tidak membunuh bakteria yang ada..

PETSEEKERS ni dapat menjauhkan dan membunuh bakteria seperti

* Pseudomonas pyocyanea
*Salmonell typhi
*E.coli
*Staphylococcus aureus

Lagi satu akk nak habak kat kome...
banyak di pasaran Disinfectant yg bermacam2 rupa...
tapi belum tentu selamat untuk anda dan haiwan peliharaan anda..

Hanya PETSEEKERS yang di jamin selamat untuk anak2 bulus anda..

Indications:
  • Powerful germ protection
  • Extremely fast acting
  • Completely safe
  • Very economical
  • Nice fragrant
Targeted species:
Feline (Cat), Canine (Dog), Bovine (Cattle), Caprine (Goat) & Ovine (Sheep), Equine (Horse)

Cer tengok..semua binatang pun boleh.

Macamana nak guna????
 
Direction for use:
-Mix two caps Petseekers’ Disinfectant Sunflower with 16 caps of water
-Wet the surface with mix solution
-Leave the surface wer for 3-10 min before rinse and drying..


kan senang..tak susah pun..tapi..pastikan lah..dah tiada ape2 najis ke..aper ke..
baru lah korang mop..

Providing a safer hygienic environment within your home... 

Bringing pets&family closer together

haaaaa...cakap owg putih ko...

okay..di datangkan 3 wangian...yg di atas tu SUNFLOWER

PEWANGI APEL

PEWANGI STRAWBERRY


packaging size : 1000ml 
price RM35.00
 wssp kak yus 018-2780029

UNTUK MINGGU NI KEHABISAN STOCK..NNTI AKK UPDATE BILA ADA

Jumaat, 21 Ogos 2015

Air Nabeez





Buat sahabat yang Sakit Go Out dan lemah tenaga.

Apa tu air nabeez?

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.
Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali.
Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lama dah.

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-

1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah
Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez

Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez

Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.
Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily. 
Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Jangan Lupa Share Dgn Kawan2, Ilmu berguna utk kita semua terima kasih

Copy dari RESEPI SHEILA RUSLI...tq kak Sheila..Ilmu yg sungguh berguna...

Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab hari JUMAAT....



Jom..cek list..
then buat..ye..banyak pahala..

salam jumaat dari kak yus

Khamis, 20 Ogos 2015

Kapsul Minyak Kelapa Dara

KAUM HAWA...








Masalah KEPUTIHAN seringkali menghantui setiap
wanita, terutamanya ketika hamil. Tapi tahukah anda dengan
VCO / minyak kelapa dara dari HALAGEL masalah keputihan
anda in shaa Allah dapat di atasi.


Pengambilan VCO secara konsisten bukan sahaja
membantu anda utk atasi masalah keputihan, kerana
mempunyai agen antibakteria, kulat dan fungus.


ia juga sangat baik dalam melancarkan penghadaman
danmemperbaiki sistem:(pencernaan anda. Dengan ini penyakit SEMBELIT dapat di atasi.

➜ Selain itu ada juga ibu ibu yg memberitahu, VCO yang
di ambil ketika hamil membantu proses kelahiran,
penghasilan susu bertambah dan juga baby tidak juandis.
VCO juga boleh di gunakan untuk masalah ruam,
eczema, kelemumur dan juga kulat susu.

➜ Marilah kita bersama sama kembali kepada alam
semulajadi, kerana minyak kelapa telah di gunakan sejak
dahulu lagi dan juga ianya pasti 100% semulajadi .

(copy dari persatuan ibu2 comel mengandung)

60capsule

Harga:
Retail RM28.60
Ahli RM21.00

wssp me 018-2780029

Selasa, 18 Ogos 2015

STRAWBERRY CREPE..YUM..YUM

Assalamualaikum...
Dah minum petang u all?

Kalau belum ada menu yang akk copy dari shiela rosli resepi..

Strawberry Crepe..






Nampak cam sedap kan...
Ingat tak fenomena DURIAN CREPE...ish2..ish2..tak ketinggalan akk melahap nyer..

Meh akk Kongsi ngan korang RESEPInyer..

bahan-bahan

-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
- letak warna pink
-perisa durian - gantikan dg jem strawberry & buah strawberry

Cara-caranya

masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..

kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..

ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata masak atas api kecil.

masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

filling


-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara-carany pulak

letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya. -lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

letak whipping cream & jem strawberry

letak strawberry yg dah dipotong, kemudian cream lagi...pastikan cream letak lebih sikit...jadi crepe nampak gemok elok bila dilipat

lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras creamnya dulu


hoooooo..kan menarik tak..
saper2 yang rajin boleh try resepi kak shiela rusli ni ye..

hehehehehee...klu akk dah cuba akak up date..